Latar belakang Midnight Fusic (album)

Pada Januari 2021, Midnight Fusic mengumumkan di laman media sosial mereka bahawa mereka bakal muncul dengan album studio pertama yang dijadualkan untuk dilancarkan pada Februari.[1] Album ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Sebanyak 14 lagu dimuatkan dalam album ini, termasuk "Heart of May" dan "Lovesick" yang dimuatkan dalam EP mereka, When Love Was Around yang dikeluarkan pada 2018, tiga lagu dari EP Caramel Cream dan lagu "Vertigo", masing-masing dikeluarkan pada 2019 serta tiga lagi lagu yang dikeluarkan pada 2020 termasuk lagu bahasa Melayu sulung, "Sandiwara".[2][3][4]